NARATIF SENI RUPA MALAYSIA JILID 1–4

Jilid 1 : MENANGGAP IDENTITI
Peny.: Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong, dengan T.K. Sabapathy   

Tarikh penerbitan: Julai 2012

Halaman: 420, dengan 140 ilustrasi berwarna



Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 1: Menanggap Identiti menghimpun sejumlah esei yang menyorot bermacam-macam cara bagaimana seni rupa menyediakan kepada para artis pelbagai sarana dan wadah buat mengungkap dan menang- gap tentang diri mereka serta negara kita. 


Kumpulan 19 buah esei di dalam penerbitan ini terdiri daripada 5 esei penting yang ditulis di antara 1970-an hingga 1990-an dan diterbitkan semula di sini, serta esei-esei baru oleh beberapa penulis dan artis jemputan yang merangkumi berbagai- bagai generasi dan kumpulan berbeza. Esei-esei tersebut membicarakan ekspre- si-ekspresi dan pengalaman-pengalaman yang berubah-ubah di sepanjang perkem- bangan kehidupan sosial dan budaya di Malaysia sejak dari zaman selepas Perang Dunia Kedua sehingga sekarang. Kumpu- lan tulisan mengenai seni rupa Malaysia yang julung kali diterbitkan ini mustahak dibaca oleh segenap lapisan khalayak, dari- pada golongan pakar sehinggalah kepada orang-orang awam yang berminat dengan seni rupa Malaysia. 



ISBN No.: 978-967-10011-2-7 (harga runcit disyorkan RM35)

e ISBN 978-967-2807-12-4 (edisi digital 2021)


Muat turun percuma: Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 1: Menanggap Identiti (sila lihat CATATAN PADA EDISI DIGITAL di bawah)




Jilid 2 : REAKSI - STRATEGI KRITIKAL BARU

Eds: Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong, with T.K. Sabapathy   

Tarikh penerbitan: September 2013

Halaman: 464, dengan 97 ilustrasi berwarna


Naratif Seni Rupa Malaysia, Jilid 2: Reaksi - Strategi Kritikal Baru menyorot bagaimana para artis Malaysia memberi respons dan tindakbalas ke atas peristiwa- peristiwa sosio-politik yang berlaku di Malaysia, dan juga terhadap pelbagai bentuk pendekatan dan sikap pengkaryaan seni yang berubah-ubah sepanjang 45 tahun yang lampau. Dengan menampilkan suara-suara yang kritikal dan penting dalam seni rupa Malaysia sejak dari 70-an sehingga 90-an, sampailah kepada suara-suara generasi artis, penulis dan pengkaji yang lebih muda, jilid ini sedikit sebanyak merakamkan segenap keterdesakan dan keghairahan yang telah mendasari dan mewarnai perkembangan seni rupa kontemporari serta praktis kesenian Malaysia. Jilid ini memuatkan penulisan-penulisan polemikal oleh beberapa artis dan kumpulan seni, esei-esei yang pernah diterbitkan dan yang baru dihasilkan khusus untuk penerbitan ini, teks-teks wawancara dengan beberapa artis, dan juga petikan- petikan daripada katalog-katalog pameran yang penting lagi besar pengaruhnya. Imej-imej hitam-putih dan berwarna yang mendokumentasi lebih daripada 100 buah karya dan peristiwa seni turut menghiasi jilid ini


ISBN No.: 978-967-10011-3-4 (harga runcit disyorkan RM40)

e ISBN 978-967-2807-13-1 (edisi digital 2021)


Muat turun percuma: Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 2: Reaksi – Strategi Kritikal Baru (sila lihat CATATAN PADA EDISI DIGITAL di bawah)




Jilid 3 : INFRASTRUKTUR

Peny.: Beverly Yong, Nur Hanim Khairuddin, Rahel Joseph & Tengku Sabri Ibrahim

Tarikh penerbitan: Februari 2016

Halaman: 512


Jilid ketiga dari siri Naratif Seni Rupa Malaysia ini, berjudul Infrastruktur, meneliti perkembangan struktur-struktur yang mendokong seni dan apresiasi seni di Malaysia. Merakam sebahagian dari sejarah dunia seni rupa tempatan sepanjang pertumbuhannya selama berdekad-dekad, jilid ini turut menyorot situasi infrastruktur kita pada hari ini, seraya mendokumen topik-topik penting yang berkait dengan institusi seni, inisiatif kelolaan artis, pasaran seni, pendidikan seni, dan penulisan serta penerbitan seni.


Di dalam jilid ini, pelbagai kelompok berkongsi pengalaman mereka serta cabaran yang ditempuhi mereka dalam usaha membina sebuah persada seni Malaysia yang subur lagi dinamik, selain menyuarakan harapan serta aspirasi mereka demi masa hadapan dunia seni tempatan.


Merakam sesi-sesi sidang meja bulat dan perbincangan di antara pihak-pihak yang berkepentingan di dalam dunia seni tempatan, jilid ini turut menampilkan berbagai-bagai wawancara, artikel pilihan, ulasan, pemetaan, kaji selidik dan lain-lain data yang dapat menyediakan maklumat serta perspektif yang bermanfaat untuk para penggubal dasar kebudayaan dan semua pihak yang terlibat dalam dan berminat dengan kehidupan kebudayaan di Malaysia.


ISBN No.: 978-967-10011-6-5 (harga runcit disyorkan RM 45)

e ISBN 978-967-2807-14-8 (edisi digital 2021)



Muat turun percuma: Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 3: Infrastruktur (sila lihat CATATAN PADA EDISI DIGITAL di bawah)




Jilid 4 : PERSPEKTIF

Peny.: Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong, Yap Sau Bin & Simon Soon

Tarikh penerbitan: September 2019

Halaman: 346


Apakah maksud dan impak seni terhadap masyarakat Malaysia? Apakah bentuk kerja para kurator, dan apakah agenda serta harapan yang memacu praktis mereka? Bagaimana sejarah seni Malaysia ditulis dan bagaimana ia boleh diperluaskan? 


Penerbitan jilid keempat dan terakhir daripada siri Naratif Seni Rupa Malaysia ini memberi ruang kepada kita untuk menilai seni Malaysia, termasuk kuasa serta motivasi yang telah membentuk pemahaman kita tentang peranan mahupun perkembangannya. 


Perspektif menghimpunkan suara pihak awam, para aktivis, pekerja seni, pengkritik, kurator, ahli akademik, dan artis dalam sebuah koleksi wawancara, perbualan, esei, dan pandangan. Koleksi ini diharap dapat menggalakkan cara pemikiran yang berbeza dalam soal seni, serta kepentingannya pada masa lalu, masa kini, dan masa hadapan. 


ISBN No.: 978-967-10011-9-6 (harga runcit disyorkan RM35)

e ISBN 978-967-2807-16-2 (edisi digital 2021)


Muat turun percuma: Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 4: Perspektif (sila lihat CATATAN PADA EDISI DIGITAL di bawah)




Salinan cetak terhad masih boleh didapati dari kedai buku terpilih di Malaysia, termasuk:

Gerak Budaya, Petaling Jaya, Selangor
Ilham Gallery Shop, Kuala Lumpur
Segaris Art Centre, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
Silverfish Books, Bangsar Village, Kuala Lumpur



Jilid terpilih yang terdapat di Singapura:


*CATATAN PADA EDISI DIGITAL


Anda kini boleh memuat turun secara percuma edisi digital Narratives di Malaysian Art Volume 1 hingga 4. Tidak ada perubahan ketara terhadap kandungan dan reka bentuk asal edisi cetakan sebelumnya, walaupun kesalahan yang dinyatakan sebelumnya telah diperbetulkan.

Harap maklum bahawa edisi digital ini diterbitkan di bawah Lesen Creative Commons Atribusi-BukanKomersial-TiadaTerbitan kepada RogueArt, Julai 2021.


Anda bebas untuk:


Kongsi — salin and edar semula bahan tersebut dalam sebarang medium atau format

Pemberi lesen tidak boleh membatalkan kebebasan-kebebasan tersebut selagi anda mengikuti syarat-syarat lesen.  


Di bawah syarat-syarat berikut:

  • Atribusi — Anda perlu memberikan kredit yang sewajarnya, menyediakan pautan kepada lesen, dan menunjukkan jika ada perubahan yang dibuat. Anda boleh berbuat demikian dengan apa jua cara yang munasabah, tetapi bukan dengan cara yang seolah-olah pemberi lesen yang mengiktiraf anda atau penggunaan anda.
  • BukanKomersial — Anda tidak dibenarkan menggunakan bahan tersebut untuk tujuan-tujuan komersial.
  • TiadaTerbitan — Jika anda mengadun semula, mengubah, atau membina di atas bahan ini, anda tidak boleh mengedarkan bahan yang telah diubahsuai.
  • Tiada larangan tambahan — Anda tidak boleh guna terma-terma perundangan atau langkah-langkah teknologi yang menyekat pengguna lain daripada membuat sesuatu yang dibenarkan oleh lesen.
Notis-notis:
  • Anda tidak perlu mematuhi lesen untuk elemen-elemen daripada material di domain awam atau di mana saja anda gunakan yang mengikut tatacara pengecualian atau batasan yang berkenaan.
  • Tiada jaminan diberikan. Lesen ini mungkin tidak memberikan anda semua kebenaran yang diperlukan untuk kegunaan anda. Sebagai contoh, hak-hak lain seperti publisiti, privasi, atau hak-hak moral mungkin menghadkan bagaimana anda menggunakan material tersebut.

No comments:

Post a Comment